Hello semua! Assalamualaikum!
Okey. Memang bersawang-sawang blog ni kena tinggal sejak mengandung ni. Memang
pemalas lah kan. Tapi kali ni nak cerita pengalaman bersalin anak pertama.
Sape lah yang tak nervous nak
bersalin kan? Tambah-tambah anak pertama lak tu. Takda pengalaman lah katekan.
Asyik baca blog orang je tentang pengalaman bersalin orang kan. Alhamdulillah
kali ni boleh lah bercerita tentang pengalaman sendiri masa nak bersalin hari
tuh.
So far nurse-nurse dan staf
kesihatan yang terlibat dalam kes aku memang baik-baik and mesra. Syukur
sangat. Aku bersalin hospital Seremban, hospital kerajaan je. Bagi aku memang
takde masalah pun kalau kite bersalin hospital kerajaan. Murah pun murah.
Sepatutnya aku admit wad 15 Julai
sebab dah overdue kan. Tapi Allah lagi Maha Mengetahui dan Maha Merancang sebab
14 Julai aku dah mula rasa sakit dan keluar lendir warna kuning. Untuk
pengetahuan semua, aku memang minta pada Allah sekiranya dah sampai waktunya
untuk aku pergi ke hospital, tolong lah beri tanda yang jelas.
Syukur kepada Allah, syukur
sangat sebab 14 Julai tu, tengahari memang dah ada tanda-tanda sikit, tapi
terlalu sikit untuk aku ke hospital. Sekali masa tengah solat Zuhur tu, masa
tengah sujud tetiba perut terasa sangatlah sakit macam nak period pulak.
Seolah-olah tengah senggugut. Habis je solat, aku cakap ngan parents yang aku
nak pergi ke hospital.
Masa tu ingat lagi ape abah cakap
kat aku, ‘Muka kau pun nampak lain macam dah’. Mana boleh control muka kalau
kita sakit kan, padahal sebelum tu masa tengahari tu abah dan tanya dah kat aku
nak pergi hospital tak, aku cakap tunggu lah esok since doc dah bagi surat. Tak
sempat dah, terus je lepas tu aku siap2 and abah ngan mak pun hantarlah aku gi
Hospital Seremban.
Dalam pukul 4 macam tu, aku pun
sampailah ke hospital. Tapi macam bersalah pulak sebab tetiba tak rasa sakit.
Lepas cek, scan, tengok bukaan (baru 1cm je, hihi) terus admitted ward
bersalin. Malam tu dekat ward aku bukan sesaja tidur, tengah malam tu aku
memang pulun jalan-jalan, joging2 sikit kan nak bagi cepat terbuka. Tetiba masa
tengah jog tu rasa ada sesuatu mengalir kat miss V.
Terus lah aku pergi cek kan.
Tengok memang ade darah sikit, warna coklat. So aku pergilah beritahu doc yang
dah ade tompok2 coklat keluar. Doc cakap ok kalau sakit lagi bagitau. Tapi
setakat tu jelah tanda, lepas aku penat, aku pun tidur. Pagi tu dalam pukul 6
aku bangun and solat subuh. Kalau korang nak tau, dalam ward tu ramai ibu
mengandung tak solat. Aku pun tak faham kenapa. Huhuhu.
Pagi-pagi lagi nurse dah cakap, ‘Puan
nanti pukul 7 lebih kita nak induce puan ye’. ‘Ok’, aku jawab. Aku pun menunggu
lah dengan beberapa lagi patient yang nak kena induced juga. Lepas induced, doc
suruh berehat sejam takleh kencing, takleh bangun jalan. Induce ni masuk dari
lubang vagina. Ade orang cakap cek jalan sakit kan. Alhamdulillah bagi aku tak
sakit pun.
Petuanya, kalau agak2 dia nak cek
jalan tu bukaan dah berapa cm, aku pun letak minyak kelapa dara kat rongga
vagina. As much and deep as I can, huhu. Bagi dia licin. So, takdelah sakit
sangat kan. Pagi tu bukaan baru 2cm, punyalah lama aku bersenam. Huhuhu. Redha
je lah. Asyik wasap suami minta ampun semua.
Lepas sejam tu aku jenjalan and exercise
lagi, hoping bukaan cepat lah kan. Memang ade lah start rasa sakit-sakit. Tapi kejap-kejap
aje. Jangan takut ye semua, takdelah teruk sangat pun kena induced ni. FYI, set
je kat minda tak sakit. Masa meneran yang sakit sikit. Tengahari tu family dating
melawat, aku pun rehat sebab dah penat exercise. Sempat jugak tidur dalam kul
11 pagi tu sebab penat jenjalan berjam-jam bawak perut ke hulu ke hilir wad.
Nurse pun tengok aku senyum je.
Aku pun senyum je lah balik. Lepas tu, suami datang melawat pukul 4.30 pulak.
Lepak punya lepak sekali pukul 6 tu nurse dah datang cakap ‘Puan, kejap lagi
kita nak tolak puan ke bilik bersalin ye’. Aku cepat-cepat makan kurma, minum
air selusuh and naik kerusi roda. Suami boleh masuk teman kite. Yeay yeay.
Semangat sikit rasa.
Lepas masuk bilik tu start lah
contraction demi contraction. Bukaan 4 cm jugak. Sakit juga, tapi bila suami datang,
and cakap-cakap ngan aku, lega sikit rasa. It’s all about mindset kan. Nurse
cakap jangan minum air selusuh nanti tambah sakit. Tapi aku yakin, takkan
ayat-ayat suci buat mudarat kat kita kan.
Aku minum aje, memang lah bukaan
aku lambat biasa lah anak first, tapi baby cepat je turun, walaupun baru 4 cm
tapi doc dah boleh nampak rambut baby
dah. Dalam pukul 3.20 pagi macam tu, Dr pun datang n suruh aku teran. Teran2
tak jadi.
Sekali ada doc senior dating,
huby cakap Dr Sumayyah nama dia. Aku teran ikut arahan dia. 3 4 kali je, blup!
Keluar kepala baby. Teran lagi skali, ‘plush!’ keluar semua skali. Memang best
perasaan tu. Terus lega and tak sakit. Huhuhuhu. Bila doc letak baby kat atas
dada aku, memang bahagia sangat rasa. Terkelip2 mata dia pandang aku.
Sekarang umur baby dah 16 hari,
tapi aku rasa antara bersalin and berpantang, aku rasa berpantang lagi siksa.
Menyampah betul huhuhu. Hope cerita ni bagi semangat kat ibu-ibu yang baru
pertama kali mengandung untuk tak takut menghadapi bersalin. Ok lah tamat
cerita tentang bersalin yang panjang ni. Sebenarnya ada banyak lagi detail yang aku tak sempat tulis, nanti reraajin aku update lah.
p/s:Nnti aku nak tulis pasal berpantang and sindrom meroyan aku plak.
p/s:Nnti aku nak tulis pasal berpantang and sindrom meroyan aku plak.
Bye!
Alhamdulillah...tahniah Syat....selamat menjadi ibu solehah ya...
ReplyDeleteBaca cerita ini buat saya kurang sikit resah. Harap dipermudahkan utk saya.
ReplyDelete