Sunday

Cara Bertungku Dengan Daun Mengkudu

Batu tungku di atas susunan daun mengkudu.

Bertungku Dengan Daun Mengkudu

Hello Assalamualaikum semua:) hari ni i nak tunjuk cara bertungku bagi yg tengah sakit2 urat macam I.
Huhu. Dari jumaat lepas tolong mak jahit langsir untuk hari kawin kakak, then sakit pinggang. Ni lah hasilnya:

Cantik tak? sape nak tempah boleh roger I okeh. hihihihi.


Then lepas  tu I start lah rase tegang je kat kaki ngan pinggang bagai nak patah. Mula- mula kakak I nak ajak I pergi berurut kat senawang lepas tu mak I kate takyah sebab urat tengah tegang nanti mesti lagi sakit. Baik bertungku aje. 

Rumah I ni memang ada batu tungku yang mak I ambil dari sungai. So meh I ajar camana nak bertungku okey!

1. Ambil batu sungai yang sedang2 saiz dia. Jangan ambil yang berat sangat nanti payah nak buat bertungku. Berat je nak pegang. Lepas tu korang gi panaskan atas api selama lebih kurang 15- 20 minit. Takyah letak api besar. Api kecik pon dah cukup. Tengok kat gambar di bawah:


Batu tungku yang sedang dibakar.
2. Lepas tu korang amek daun mengkudu kat laman rumah korang, pilih yang besar2 and lebar2 okay. Yang kat bawah ni kecik sikit sebab itu je yang ade kat pokok tu. Huhu.
Daun mengkudu.
3. Then korang susun lah daun mengkudu tu atas kain buruk. Make sure korang bagi dia cukup untuk membaluti batu yang korang dah panaskan tadi. Kalau batu tu kena kain, satu rumah lah bau hangit nanti.
Susun daun mengkudu di atas kain buruk.
4. Then lepas batu dah panas, barulah korang letak atas daun yang korang dah susun2 macam tempat kucing landing tadi. Hihi.
Batu tungku di atas susunan daun mengkudu.

5. Then lepas tu korang ikatkan kain tu jadik bunjut.
Tungku mengkudu ready untuk digunakan.

6. Sekarang mak - mak dara sekelian, boleh lah korang tekan pelan2 batu panas ni kat tempat yang sakit2 di badan kome semua. Okey, slemat mencuba. Sekarang ni rasa sakit di kaki I pon dah kurang sebab i pon baru je habis bertungku. Nak buat 1 round lagi. huhu.

7. Bagi ibu - ibu yang dalam berpantang juga elok bertungku dengan daun mengkudu selain dari membetulkan kembali urat2 yang menegang di saat melahirkan, ia juga meransang perjalanan darah supaya lancar dan badan segera menjadi segar.

Bagus kan orang dulu- dulu? Macam2 diorang tahu. Hopefully post kali dapat memberi ilmu kepada korang and manfaat yang boleh diguna pakai bila perlu kelak.


Selamat mencuba!