Saturday

Naturactor Foundation Review

Assalamualaikum semua!

Hai korang! Dah lama sangat dah ni tak update blog, maklumlah sejak jadi mak buyung ni selalu sangat tak larat. Huhu. Anyway, tu bab lain sekarang mak buyung nak review pasal satu foundation yang dah lama beli tapi tak penah review lagi.

Tada!!!! Inilah dia produknya.


Kat sini I use shade 140 sebab die cerah sikit. Honestly makcik memang suke kalau mekap nampak cerah.. Gojes gitu. Hihihi. 

Cara I pakai foundation ni senang aje, just sapu pakai span. Ada orang suka basahkan span dulu, but I prefer kering. Lebih selesa macam tu.

First time pakai ni masa nak hantar mak gi umrah hari tu. Masa tu apply foundation ni then sapukan bedak silky white. Memang sampai balik tahan lagi mekapnya. 

Tulah I, paling kanan dalam gambar pakai baju merah tu. Nampak pucat sebab pakai foundation+bedak tapi tak pakai lipstick or blusher. Huhuhu. So far puas hati lah. 

Tapi masa jemput mak balik dari umrah tu, I try lah pakai tanpa compact powder, comot pulak muka jadinya. So, walaupun nampak cantik, memang kena buh sikit bedak to set the foundation, supaya tak smudge.


Before:


After:

Muka nampak dewy2 gitu. hihihihii.. Ni adik ipar I. Selendang dia belit sendiri. I pun tak reti kot buat gitu.:) TQ dikman!!!! <3 <3 

So secara keseluruhanyya, sy bagi rating 3/5 bintang. Oklah kalau malas2 nak mekap, pakai ni lepas tu buh bedak. Foundation ni medium coverage only, bintik2 hitam boleh disamarkan sahaja.

Ok lps ni maybe akan ade banyak lagi review. Tunggu ye!

Bye semua!!

No comments:

Post a Comment

Express your thoughts here:)