Monday

Cara Mengurangkan Kesakitan Dengan Doa

Source
Assalamualaikum semua. Hari ni hari Isnin dan ketika ini aku berad
a di pejabat.
Rasa lemah saja badan ni, entah kenapa. Nak kata tak sarapan, aku dah sarapan pagi tadi. Mungkin tekanan darah aku rendah pagi ni. Bersyukur kerana di saat aku lemah ini, bos tak bagi sebarang kerja mahupun ada kerja yang tertunggak.
Aku jarang sakit, Alhamdulillah. Tapi hari ni Allah tarik kecerdasan aku, takpelah. Mungkin Dia nak ampunkan dosa aku. Tak apalah, aku redha.
Kalau sakit Rasulullah saw ada mengajar kita doa. Doa ketika sakit:



"Ya Allah Tuhan sekalian manusia. Hilangkan penyakit ini. Sembuhkanlah, sesungguhnya Engkau Tuhan Yang Maha Menyembuhkan. Tiada kesembuhan melainkan kesembuhan yang datang dariMu,kesembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit."
(Riwayat Bukhari & Muslim)
Aamiin. Kawan2 yang sakit jangan bersedih okay. Kita rapatkan lagi diri kepada Allah. InsyaAllah. Hingga bertemu lagi. Assalamualaikum.